Home Berita PAS Terengganu

Pemuda PAS Terengganu sambut baik pandangan belia

38
SHARE

PEMUDA PAS TERENGGANU SAMBUT BAIK PANDANGAN BELIA TERENGGANU

1. Pemuda PAS Terengganu menyambut baik usaha yang dijalankan empat penyelidik daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap belia di Terengganu berkenaan dasar dan polisi diterapkan kerajaan PAS Terengganu.

2. Pemuda PAS Terengganu menzahirkan penghargaan atas pandangan anak muda Terengganu yang mengambil bahagian dalam penyelidikan tersebut.

3. Pemuda PAS Terengganu akan terus komited membawa konsep Islam dalam kepimpinan yang telah menerima skor tertinggi berdasarkan kajian yang dilaksanakan.

4. DPPNT juga ingin menzahirkan penghargaan buat kerajaan PAS Terengganu atas kecaknaan kepimpinan negeri yang mesra dan berkebajikan kepada rakyat kerana telah mendapat skor yang tinggi dari golongan belia.

5. DPPNT juga berterima kasih kepada kerajaan PAS Terengganu atas inisiatif yang mendapat perhatian anak muda khusunya berkenaan tabung pinjaman perumahan tanpa riba rakyat Terengganu dan skim bantuan modal tani.

6.DPPNT komited bersama membawa pandangan anak muda kepada kepimpinan kerajaan PAS Terengganu terhadap tuntutan belia buat kerajaan negeri ini khusunya berkenaan pengurangan cukai, insentif dalam perniagaan, latihan kemahiran serta bantuan tunai.

MOHD HARUN ESA
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu