Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Semporna Bantu Keluarga Asnaf.

996
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
11 April 2020

SEMPORNA: Pemuda PAS bantu 48 keluarga asnaf yang terjejas bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar parlimen Semporna dekat sini semalam.

Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Semporna, Razis Asparin yang mengetuai misi berkata, bantuan ini diagih kepada keluarga asnaf yang kami dapati telah terjejas bekalan makanan sepanjang PKP ini berlangsung.

“Kami pemuda PAS hari ini turun padang bagi membantu golongan asnaf yang terputus bekalan makanan sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan.” Jelas Razis

“Agihan ini dilakukan mengikut fasa ekoran ramai ketua keluarga menghubungi kami untuk meminta bantuan. Kami juga mengharapkan sumbangan orang ramai agar membolehkan kami dapat membantu banyak keluarga.” Tambahnya lagi.

Agihan fasa pertama ini juga turut melibatkan barisan hadapan (frontliners) negara iaitu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang membantu kami dalam menjayakan misi fasa pertama ini.

“Saya merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada penyumbng dan kepada semua yg terlibat dalam membantu penduduk terputus bekalan makanan sepanjang PKP ini. Diharap semua rakyat Malaysia khususnya Semporna bersabar atas ujian yg kita hadapi dan sentiasa berdoa kpd Allah”. Ujarnya lagi.

Turut terlibat dalam agihan ini ialah Ketua Pemuda PAS Semporna, Huzaini Rohani