Home Artikel PAS Wilayah

Hina PAS dan Presiden PAS, PAS Labuan Buat Laporan Polis

3293
SHARE

Oleh: Abdullah Somad

LABUAN, Sabtu – Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Labuan telah membuat satu laporan polis berkenaan penghinaan terhadap PAS dan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Rabu lalu di sini.

Laporan polis telah dibuat oleh Yang Dipertua PAS, Haji Hamir Haji Zahari mewakili PAS Kawasan Labuan di Balai Polis Lubuk Temiang kira-kira pukul 3.35 petang setelah membaca hantaran pemilik akaun Facebook yang bernama Azhar Ab Shukur secara jelas menghina PAS dan Presiden PAS.

Haji Hamir menyifatkan hal ini sebagai perkara yang tidak beradab dan terlalu melampau kepada seseorang atau sesebuah organisasi.

“PAS Kawasan Labuan berpendirian bahawa perbuatan menghina dan mengaibkan seseorang atau sesebuah organisasi merupakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penyokong parti yang membawa agenda Islam, Rahmatan Lil Alamin. Hal ini amat dikesali dan memalukan.” Ujar Haji Hamir.

Tindakan membuat laporan polis ini adalah sebagai tanda bantahan dan harus diambil tindakan yang sewajarnya kepada pemilik akaun Facebook tersebut sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sebelum ini, beberapa hantaran pemilik akaun Facebook yang bernama Azhar Ab Shukur secara jelas menghina PAS dengan meletakkan logo PAS bersebelahan dengan logo syarikat arak Heineken Beer dan memuat naik status berbunyi “Parti Arak Semalaysia”.