Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Sabah buat laporan polis terhadap Lim Kit Siang

42
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin

8 Julai 2021

SANDAKAN: Pemuda PAS Sabah telah membuat laporan polis semalam terhadap kenyataan Lim Kit Siang, Penasihat DAP. Di Balai Polis Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Pemuda PAS Sabah menyifatkan tulisan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu di blognya tentang ‘Kerajaan Allah’ dilihat telah menghina Islam dan mengundang perbalahan antara kaum serta agama.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Zulzaim Hilmee berkata kebiadapan pemimpin DAP, Lim Kit Siang yang telah menghasut dan mengelirukan aqidah umat Islam dengan sengaja menghina Allah.

“Kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sangatlah biadap kerana dengan jelasnya telah menghina Allah dengan mengaitkan Kerajaan Allah itu seperti Kerajaan Malaysia hari ini”. Katanya.

Pemuda PAS Sabah menuntut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah melukakan hati umat Islam.

Selain itu, Pemuda PAS Sabah juga mengajak pemimpin Islam lain termasuklah rakan sekutu DAP, Parti Warisan Sabah serta NGO dan NGI untuk tampil membuat laporan Polis sebagai protes umat islam atas kebiadapan pemimpin DAP itu.

Pemuda PAS Sabah jua turut membuat laporan Polis dibeberapa daerah antaranya Balai Polis Sandakan dan semalam di Balai Polis Tawau.