Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

Pemuda Pas Pulau Pinang Tegas Karikatur TGHH & Ruu355 kepada Nanyang Siang Pau

501
SHARE

GEORGETOWN: Penerangan mengenai RUU Pindaan Akta 355 terus diperluas dan diberi pencerahan hingga merentasi segenap lapisan masyarakat termasuk kalangan bukan Islam. Usaha merungkai salah faham yang masih berlegar dan menuntut sabar serta kebijaksanaan dalam perjumpaan yang telah dilaksanakan.

Atas tanggungjawab dan peranan itulah Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Mohd Fauzi Yusoff dan Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri, Ir. Ahmad Rafaei berkesempatan bertemu Pengurus Nanyang Siang Pau cawangan utara, Encik Quaik Chong Tatt hari ini, 11 April 2017.

Dalam pertemuan penuh harmoni yang turut disertai pimpinan PAS Pulau Pinang dan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Mohd Fauzi telah menegaskan bahawa isu ini menjadi sangat sensitif bagi umat Islam memandangkan Presiden PAS adalah Timbalan Kesatuan Ulamak Sedunia dan memberi amaran agar tindakan yang mencetuskan ketegangan antara kaum ini tidak berulang lagi selepas ini.

Antara kebimbangan dan kekeliruan yang dijernihkan beliau termasuk kepastian serta jaminan bahawa Akta 355 hanya terpakai ke atas orang Islam tanpa melibatkan sama sekali orang bukan Islam. Malah, pertemuan itu juga menjernihkan persepsi berlegar mengenai tuduhan Islam adalah agama agresif di mana tegas Ir. Ahmad Rafaei,  Islam bukan hanya tertakluk kepada solat, puasa dan haji sahaja akan tetapi Islam adalah ‘Ad-deen’ cara hidup secara keseluruhan umat Islam.

Beliau dalam ulasannya berbesar hati dengan penerimaan pihak Nanyang Siang Pau untuk kunjungan tersebut dan berharap perbincangan sedemikian dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Katanya, titik persamaan dan perancangan ke jalan kebaikan mesti diadakan sebagai usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam.

Terdahulu, Encik Quaik Chong Tatt dalam ucapannya mengalukan keterbukaan PAS negeri mengadakan perbincangan dengan pihak beliau.Dalam kesempatan itu, beliau mengajukan permohonan maaf dan kepekaan pihaknya terhadap isu karikatur yang telah disiarkan dan berjanji untuk tidak mengulangi perkara yang mengundang kemarahan umat Islam. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS negeri, Ustaz Hanif pada pertemuan tersebut telah memaklumkan supaya pihak Nanyang Siang Pau menjernihkan keadaan kepada bukan Islam bahawa RUU355 bukan sepertimana yang digambarkan oleh sesetengah pihak.

Dimana, masyarakat bukan Islam bimbang undang-undang itu akan dikenakan juga ke atas mereka kerana perkara tersebut disebar menerusi media perdana yang ada. Turut serta pada pertemuan tersebut adalah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Tuan Iszuree Ibrahim dan Exco Pemuda Negeri, Ahmad Taufik dan Mohd Solehan.

{jathumbnail off}