Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS Perak sentiasa utamakan agenda kebajikan

41
SHARE

Oleh : Zulfahmi Ramli

IPOH, Agenda kebajikan sentiasa menjadi keutamaan kepada Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Perak melibatkan banyak siri lawatan bertemu masyarakat di seluruh negeri Perak sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Terdahulu beberapa kali pimpinan DPPN Perak turun bersama dalam misi kemanusiaan membantu masyarakat yang terlibat dalam beberapa PKPD dalam negeri Perak.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ahmad Faisal Mohd Puait berkata demikian ketika dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berkaitan aktiviti DPPN Perak semasa pandemik COVID-19 ketika ini.

Ahmad Faisal bersama timbalannya, Hafez Sabri turut menziarahi beberapa orang penggerak utama pemuda di pelbagai peringkat yang ditimpa musibah kesihatan .

“Ukhuwah silaturrahim terjalin utuh apabila saling berhubung dan menghargai di antara satu sama lain khususnya sahabat terdekat yang ditimpa musibah.

“Program Pemuda Prihatin sebenarnya digerakkan secara berterusan sejak bermulanya PKP tahun lalu,” jelas Ahmad Faisal yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Perak.

Antara yang diziarahi kelmarin, Setiausaha Kerja PASTI Negeri Perak, Riduan Rashid yang ditahan wad ICU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh disebabkan jangkitan kuman paru-paru.

Sebelum itu, keduanya turut bertemu khabar Ketua Pemuda Cawangan Batu 8, Kawasan Tambun, Abdul Halim Abu Hasan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada malam hari raya Aidiladha baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPN, Mohd Shahrizan Ahmad Fuat pula mengiringi Ahmad Faisal dan Hafez Sabri kemudiannya bertemu ahli keluarga mangsa kebakaran di Padang Tembak, Kampar.

Kebakaran yang meragut nyawa seorang mangsa pesakit lumpuh, Ahmad Baser Razali, 50, merupakan bapa saudara tiri kepada Exco Pemuda PAS Kawasan Kampar, Muhammad Radhi Azlan.