Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS Papar rai Hari Sukan Negara

26
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: Pemuda PAS Kawasan Papar bersama Armada Papar telah mengadakan perlawanan futsal di Kg. Bambangan Papar di sini kelmarin.

Perlawanan futsal yang dianjurkan merupakan aktiviti bagi meraikan Hari Sukan Negara yang menggalakkan semua masyarakat untuk terus kekal sihat.

Turut memeriahkan perlawanan Ketua Pemuda PAS Papar Hendri Hamsah dan Ketua Armada Azrul Ibrahim serta pemuda bagi kedua-dua sayap pemuda tersebut.

“Lama kita tidak beriadah seperti ini. Alhamdulillah hari ini dapat sama-sama kita mengeluarkan peluh bersama,” Kata Akmal Ariffin pemuda PAS Papar.

Perlawanan ini bukan sahaja dapat mengeluarkan peluh, tetapi dapat juga mengeratkan ukhuwah sesama pemuda, ulas Hendri Hamsah.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua yang hadir hari ini. Mudah-mudahan kita semua terus kekal sihat dan bersemangat untuk membantu masyarakat selepas ini,” katanya lagi.