Home Berita PAS Sabah

PAS Papar terus bantu golongan asnaf

21
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin

PAPAR: Lajnah Kebajikan PAS Papar turun ke Kg. Kuala Dalam memberikan sumbangan kepada keluarga asnaf di sini.

Sebanyak 4 buah keluarga menerima bakul makanan dan buku aktiviti Mommy Happy yang telah diserahkan kepada 4 orang kanak-kanak yang layak.

Hadir menyerahkan sumbangan Yang Dipertua PAS Papar Abd Salim Karim, Ketua Cawangan PAS Kuala Dalam Abd Razak Ahmad dan Ketua Lajnah Kebajikan Muslimat Rosdiana Rala.

Rasa syukur diungkapkan oleh penerima atas bantuan yang dihulurkan kepada mereka dan berterima kasih kerana prihatin terhadap nasib mereka.

“PAS Papar akan terus cuba membantu sesiapa yang memerlukan dan berharap dengan bantuan Allah agar dapat juga kami terus berkhidmat untuk penduduk sekitar,” kata Abd Salim.