Home Artikel PAS Perlis

ADUN PAS Hadiri Acara Kayuhan Amal

439
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang Mohd. Shukri Ramli dan ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim hari ini menghadiri Program Kayuhan Amal Tepi Laut’s yang diadakan di persisiran pantai negeri ini.

Program yang dianjurkan bersama oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Sanglang, ACC Negeri Perlis, DACS Kawasan Arau, NGO PEKA dan Pertubuhan Komuniti Prihatin Simpang Ampat (PRISA) itu turut disertai seramai 98 orang peserta.

Para peserta telah diberikan taklimat sebelum dilepaskan di PKWR Sanglang tepat jam 8.45 pagi.

Mereka kemudiannya berkayuh secara santai sejauh kira-kira 8 km di sepanjang persisiran pantai Sungai Baru hingga ke Sungai Padang dekat sini.

Selain acara kayuhan, aktiviti mengutip sampah di beberapa lokasi di sepanjang laluan tersebut serta acara cabutan bertuah turut diadakan.

Menurut ADUN Sanglang Mohd. Shukri Ramli, program berkenaan diadakan bagi menggalakkan masyarakat khasnya generasi muda untuk mengamalkan cara hidup sihat menerusi aktiviti berbasikal.

“Selain itu, kami juga ingin menerapkan kesedaran terhadap pentingnya memelihara kebersihan alam sekitar menerusi acara mengutip sampah, bersesuaian dengan tema program ini iaitu ‘Hargailah Pantai Kita.’

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak PDRM dan Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) yang turut terlibat dalam memastikan kelancaran program pada pagi ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.