Home Berita PAS Pahang

Pemuda PAS Pahang selesai pemukiman rangka strategi

68
SHARE

Oleh : KHAULAH AL AZWAR

KUANTAN, 10 Apr ♦ Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) selesai mengadakan pemukiman bagi merencana strategi serta hala tuju Pemuda PAS Pahang khusus menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak.

Ketuanya, Ustaz Mohd. Zarimi berkata, retreat dua hari ini bagi merancang dan menyusun gerak kerja serta membentuk hala tuju atau road map PAS untuk menerajui Pahang.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, selama dua hari ini kami telah berjaya melangsungkan pemukiman dan mesyuarat kali pertama Exco Pemuda PAS Pahang.

“Insya-Allah, beberapa perancangan dan strategi telah disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan PAS ke arah mentadbir negeri Pahang pasca PRU-16 nanti,” ujarnya ketika berucap di dalam program tersebut.

Pemukiman ini telah bermula pada Sabtu dan berakhir Ahad lalu bertempat di Kompleks Tahfiz Al Quran Al Qaradhawi (KOMTAQ), Kerdau, Temerloh.

Program melibatkan seluruh Exco DPPNP bersama Ketua-ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) serta Setiausaha DPPK berlangsung harmoni dalam kehangatan ukhuwah dan rahmat Ramadan, diimarahkan dengan iftor jamaie dan solat tarawih berjamaah.