Home Berita PAS Perak

PAS Padang Rengas santuni petugas vaksinasi

77
SHARE

PAS Padang Rengas santuni petugas vaksinasi
Oleh : Abu Hakam

PADANG RENGAS, Pimpinan PAS Kawasan Padang Rengas hadir menyantuni petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Millenium Lubuk Merbau, Padang Rengas sebagai tanda penghargaan buat mereka di sini hari ini.

Sumbangan juadah minum petang berupa mini pizza disampaikan tanda sokongan serta keprihatinan di atas pengorbanan para petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam memastikan pemberian vaksin berjalan lancar.

Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Yang DiPertua PAS Kawasan Padang Rengas, Sukeri Mat Amin dan turut diiringi Timbalan Yang DiPertua, Dr Azalan Radzi, Setiausaha, Najmi Yassin, Ketua Muslimat Husna Saidon dan Ketua Pemuda, Helmi Affindi Ali.

Dalam pada itu, ketika ditanya wartawan selepas sesi penyerahan tersebut, Sukeri Mat Amin menyatakan sokongan penuh terhadap pelbagai inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

“Pakej PEMULIH sebanyak RM150 bilion yang diberikan itu boleh dimanfaatkan untuk tiga fokus utama rakyat khususnya meneruskan agenda keprihatinan kerajaan terdapat rakyat dalam mendepani COVID-19.

“Antaranya bantuan kewangan bagi menyokong perniagaan kecil dan sederhana sangat dirasai rakyat di bandar dan luar bandar serta manfaat untuk semua golongan,” ujar beliau lagi.

Katanya lagi, PEMULIH yang menjadi kesinambungan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi terdahulu iaitu PRIHATIN, PERMAI dan PEMERKASA membuktikan kerajaan prihatin kepada rakyat.

Malah beliau turut berharap agar pelaksanaan vaksinasi dipercepat agar dapat meningkatkan tahap imunisasi rakyat Malaysia dan berjaya mencapai 80% imuniti kelompok.