Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah nobat arwah Muhammad Adib sebagai Tokoh Wira Muda Negara

689 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
6 MEI 2019

PEMUDA PAS KEDAH NOBAT ARWAH MUHAMMAD ADIB SEBAGAI TOKOH WIRA MUDA NEGARA

Sempena sambutan hari Bomba baru-baru ini , Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru masyarakat Malaysia khususnya pihak kerajaan Malaysia agar tidak memandang sepi kehilangan nyawa seorang anggota Bomba semasa rusuhan di Kuil Mahamariamman di Seafield USJ 25 pada bulan November tahun lalu.

Pihak kami mengharapkan keadilan akan berpihak kepada Allayarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim yang dalam prosiding inkues yang ditetapkan oleh mahkamah. Pihak kami juga mengharapkan tiada “double standard” dari pihak yang terlibat dalam inkues siasatan ini.

Pihak kami yakin dan percaya seluruh rakyat Malaysia merasai kesedihan di atas apa yang berlaku kepada arwah Adib dan menganggap arwah merupakan seorang wira negara dengan pengorbanan yang telah dilakukan ketika bertugas.

Justeru itu, keberanian dan pengorbanan anggota penyelamat ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah telah menobatkan Arwah Muhammad Adib sebagai TOKOH WIRA MUDA NEGARA sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ke-53 yang berlangsung pada 27 April 2019 di Kampung Memali baru-baru ini.

Bagi menyampaikan anugerah ini kepada keluarga arwah, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah telah mengunjungi bapa Allayarham dan menyampaikan sendiri anugerah itu sebagai tanda penghargaan kami dengan pengorbanan besar Arwah ketika menjalankan tugas demi negara.

Pihak kami ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Kedah bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini kita mendoakan keadilan akan berpihak kepada keluarga anak jati Kedah ini dan mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

YANG BENAR.

UST. ABDUL HADI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.