Home Kenyataan Media PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah menyokong penuh tindakan bapa arwah Adib

194
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
18 JULAI 2019

PEMUDA PAS KEDAH MENYOKONG PENUH TINDAKAN BAPA ARWAH MOHD ADIB

Dewan pemuda PAS negeri Kedah menyokong penuh tindakan bapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Muhammad Adib Mohd Kassim yang memfailkan permohonan bagi mengusulkan prosiding penghinaan Mahkamah terhadap Tommy Thomas berhubung kenyataan berunsur subjudis Peguam Negara tersebut yang dilihat menggangu perjalanan prosiding koroner untuk mencari punca kematian arwah Mohd Adib Bin Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di kuil tahun lalu.

Bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid telah memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associate ke atas Tommy yang dipercayai malakukan penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh beliau pada 3 April lalu yang membuat kesimpulan antaranya menerusi kenyataan bahawa kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul oleh mana-mana orang sedangkan prosiding Mahkamah masih berjalan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah sangat kesal dengan Tommy dalam kapasitinya sebagai Peguam Negara yang telah secara salah mengambil pendirian dan membuat keputusan pra matang bagi pihak Jabatan Peguam Negara mengenai punca dan sebab kematian Muhammad Adib. Hal ini seolah-olah berlaku campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’) disebabkan itu, Tommy telah menyebabkan prosiding inkues kematian Muhammad Adib tertangguh, sekaligus melengahkan keadilan daripada dicapai.

Kami juga berdiri teguh ke atas keputusan Bapa arwah Mohd Adib yang juga mendakwa Tommy menindas peguam Syazlin Mansor daripada melakukan tugasannya sebagai Peguambela dan Peguamcara dan pegawai Mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), JPBM dan bagi keluarga Muhammad Adib.

Sebagai pegawai awam dan peguam berpengalaman, kenyataan beliau tersebut amat mendukacitakan dan beliau tidak sepatutnya memberi komen yang boleh menjejaskan atau mempengaruhi perjalanan dan keputusan yang bakal dibuat. Masyarakat awam amat berharap keadilan sebenar dapat diberikan kepada keluarga arwah Mohd Adib yang terkorban semasa bertugas dalam pakaian seragam Bomba beliau. Dewan Pemuda juga menolak sikap “double standard” mana-mana pegawai awam dengan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba merogol perundangan negara demi kepentingan mereka.

Kami pemuda PAS negeri Kedah akan terus membela dan memberi sokongan kepada keluarga arwah Adib sehingga kematian hero negara ini mendapat pembelaan yang sewajarnya dari pihak yang bertanggungjawab.

“Demi Islam”

Yang Benar,

ABDUL HADI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah