Home Berita PAS Kedah

Pemuda PAS Kedah bantu mangsa ribut

872
SHARE

Ustaz Nurul Amin serah sumbangan kepada mangsa ribut

4 DAERAH DIUJI RIBUT : PENDUDUK TABAH SAMBUT KETIBAAN RAMADHAN

Dalam kita bergembira menyambut kedatangan Bulan Barakah ada dalam kalangan kita diuji Allah dengan ribut yang mengakibatkan kemusnahan tempat tinggal. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) hari ini turun serentak menyampaikan sumbangan di empat kawasan yang terjejas teruk akibat ribut iaitu Baling, Jerlun, Pendang dan Kuala Kedah.

Misi kali ini diketuai oleh Ustaz Nurul Amin Hamid bersama Timbalan Ketua Pemuda PAS Kedah Ustaz Nasrun Othman dan Pengerusi Lajnah Kebajikan DPPNK saudara Nakhaie Hassan turun menyampaikan sumbangan dan menziarahi mangsa di Baling.

Di Baling deligasi DPPNK disambut oleh Yang Berhormat ADUN Bayu cikgu Abd Nasir Idris dan Ketua Pemuda PAS Baling ustaz Roshidi Mohd Arof.

Di Jerlun pula, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah ustaz Abdul Hadi Omar yang bertanggung jawab sebagai Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam bertindak memimpin sukarelawan membantu Yang Berhormat cikgu Azhar Ibrahim menyantuni mangsa-mangsa ribut di DUN tersebut.

Manakala di Pendang Naib Ketua Pemuda PAS Kedah ustaz Aizat Zakaria turun menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pemuda PAS kawasan tersebut untuk diagihkan kepada mangsa yang terjejas.

Turut sertai misi pada hari ini ialah Setiausaha Pemuda PAS Kedah bersama Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan NGO DPPNK turun menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pemuda PAS Kuala Kedah ustaz Majdi Hussain untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat.

Pemuda PAS Kedah amat menghargai semua sumbangan yang telah disumbangkan para dermawan yang budiman.

Semoga keluarga yang terjejas akibat ribut ini sentiasa diberi kesabaran dalam menghadapi ujian daripada Allah SWT.