KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
27 Julai 2019
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah bangkit dengan membuat laporan Polis di seluruh 15 Parlimen dalam negeri Kedah bagi mengecam dan mengutuk tindakan seorang pengguna Facebook Wendy Loong yang telah menghina Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.
2. Tindakan Wendy Loong ini adalah satu lagi siri penghinaan terhadap agama Islam yang digubal sejajar dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru pihak polis menyiasat terhadap status FB Wendy Loong ini, sekiranya tulen individu yang melakukan kebiadaban ini mesti dikenakan hukuman tegas agar menjadi pengajaran kepada semua agar tidak melakukan sesuatu yang boleh mengundang sensitiviti umat Islam.
3. Kami menegaskan isu seumpama ini sebenarnya terlalu serius kerana secara tidak langsung kesannya akan merosakkan perpaduan pelbagai kaum yang sepatutnya hidup secara harmoni dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
4. Justeru itu, Dewan Pemuda PAS di 15 Parlimen dalam negeri Kedah mengambil inisiatif sendiri bertindak membuat laporan polis supaya individu ini dikenakan tindakan melalui saluran perundangan negara. 15 Parlimen yang telah selesai membuat laporan polis tersebut adalah :-
4.1) Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap
Bertempat di IPD Padang Terap
Pada 22 Julai 2019, Selasa.
Jam 4.00 petang.
4.2) Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Petani
Bertempat di IPD Sungai Petani
Pada 23 Julai 2019, Selasa.
Jam 9:00 malam
4.3) Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik
Bertempat di IPD Sik
Pada 24 Julai 2019, Rabu.
Jam 3.00 Petang
4.4) Dewan Pemuda PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu
Bertempat di IPD Kulim
Pada 24/7/2019, Rabu
Jam 9.30 Malam.
4.5) Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai
Bertempat di Balai Polis Guar Chempedak.
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 9:30 malam.
4.6) Dewan Pemuda PAS Kawasan Pokok Sena
Bertempat di IPD Kota Setar
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 5.30 petang.
4.7) Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar
Bertempat di IPD Kota Setar
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 5.30 petang
4.8) Dewan Pemuda PAS Kubang Pasu
Bertempat di IPD Kubang Pasu
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 10:00 malam
4.9) Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerlun
Bertempat di IPD Kubang Pasu
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 10:00 malam
4.10) Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah
Bertempat di IPD Kota Setar
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 5.30 petang
4.11) Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling
Bertempat di IPD Baling
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 5.30 petang
4.12) Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi
Bertempat di IPD Langkawi
Pada 26 Julai 2019, Jumaat.
Jam 3:30 Petang.
4.13) Pemuda PAS Kawasan Padang Serai
Bertempat di IPD Padang Serai
Pada 25 Julai 2019, Khamis.
Jam 5.30 petang
4.14) Pemuda PAS Kawasan Pendang
Bertempat di IPD Pendang
Pada 26 Julai 2019, Jumaat.
Jam 3.30 petang
4.15) Pemuda PAS Kawasan Merbok
Bertempat di IPD Sungai Petani
Pada 23 Julai 2019, Selasa.
Jam 9:00 malam.
5. Laporan polis ini dibuat sebagai menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang berterusan dan menggesa pihak berkuasa terutamanya PDRM mengambil tindakan segera dan tegas bagi mengelakkan pergaduhan antara kaum dan agama.
6. Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menyeru semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik bangun dan bangkit bersatu atas nama perpaduan ummah untuk mempertahankan kesucian islam dalam negara kita yang tercinta ini.
“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”
ABDUL HADI OMAR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah