Home Berita PAS Sabah

Pemuda PAS harus turun ke medan dakwah dan siasah

33
SHARE

Oleh : Yusrizal Baco
11 Oktober 2021

LAHAD DATU : Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan SILAM, Landari Labobo menyeru pemuda PAS untuk turun ke medan dakwah dan siasah.

Seruan tersebut dinyatakannya sewaktu memberi ucapan semasa Mesyuarat Agung Tahunan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam, di sini, kelmarin.

Landari berkata ” Medan dakwah di negeri Sabah sangat luas dan ia terbukti dengan melihat kehidupan masyarakat Islam khususnya di kawasan Silam yang sangat lemah dalam pengamalan beragama walaupun dalam perkara asas .

” Ramai yang tidak solat fardu, tidak puasa, tidak menutup aurat serta lain-lain perkara yang dilarang dalam agama.

“Medan dakwah bukan tertumpu di Masjid, Surau dan pusat-pusat pendidikan
agama sahaja.

“Medan dakwah yang terdekat yang perlu kita isi adalah medan pilihanraya.

“Terlalu banyak peluang
dakwah yang boleh isi sama ada kepada rakan-rakan ta’awun, musuh politik dan seluruh rakyat
Malaysia.

“Inilah masanya pemuda turun ke medan untuk tunjukkan akhlak, cara dan kaedah berpolitik yang Islam ajarkan kepada umat-Nya.

” Budaya Politik Matang dan Sejahtera, Taawun Siyasi, gabungan parti-parti melayu, tidak menggunakan kekerasan, tidak memfitnah, tidak
rasuah.

” Banyak Tuan Guru ajar kepada kita ahli PAS dan seluruh rakyat Malaysia, ilmu berpolitik dalam Islam.” Jelas Landari.

Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Silam ( DPPKS) telah dilaksana secara ‘hybrid’ iaitu secara bersemuka dan secara dalam talian di SRITI Tahfiz Lahad Datu mengikut SOP yang telah ditetapkan.