Home Berita PAS Selangor

GENGAM Selangor : ziarah Al Malak – PAS Kawasan Hulu Langat

73
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Hulu Langat

Oleh : Umar Al-Hayawi

HULU LANGAT, 11 Oktober – PAS Kawasan Hulu Langat menyahut Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia menerusi Program Ziarah Al Malak DUN Dusun Tua yang telah dijalankanbersama Dr Che Rosli Che Mat, mantan Ahli Parlimen Hulu Langat bersama YDP PAS Kawasan Hulu Langat, Tuan Muhamad Jan Sulong.

Menurut PAS Kawasan Hulu Langat, program dimulakan dengan menziarahi Haji Hussein Haji Alias, yang merupakan antara orang yang berpengaruh dan juga mantan Ketua Kampung Batu 16, Dusun Tua.

Rombongan diteruskan dengan menyantuni 4 lagi pemimpin masyarakat yang berpengaruh di Kampung Sungai Serai Hulu Langat termasuk Ustaz Ayub, mantan Imam Masjid di Kampung Sg Serai dan Tuan Haji Ab Hamid bekas Timbalan Nazir Masjid Sg Serai.

Kemudian, rombongan sempat menziarahi Tuan Haji Mohd Noor seorang Ahli UMNO Sungai Serai sebelum bertandang ke rumah Dato Haji Mohd Shahir seorang Veteran Pegawai Polis di Sungai Serai ini.

“Dengan membawa agenda Gelombang Sejahtera Keluarga Malaysia, PAS terus komited mengajak seluruh masyarakat tidak kira apa sahaja pahaman politik bersatu dalam membina negara, bangkit dari cengkaman COVID-19 dan kelesuab ekonomi yang terencat ketika ini”, jelas PAS Hulu Langat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor