Home Artikel PAS Pahang

Pemuda PAS edar kuih bulan

219
SHARE

Sempena meraikan Perayaan Kuih Bulan yang disambut oleh masyarakat cina, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Krau dan MCA Kuala Krau membuat edaran kuih bulan di sekitar pekan Kuala Krau yang banyak didiami oleh masyarakat cina.

Tujuan utama pemberian kuih bulan ini diadakan adalah untuk meraikan masyarakat cina serta mengeratkan hubungan bersama dengan harapan hubungan ini berkekalan.

Tidak lupa jutaan terima kasih kepada penggerak-penggerak program yang sudi turun bersama menjayakan program ini dengan baiknya khusus kepada jentera DPPK , PPU dan MCA Kuala Krau. Terima kasih juga kepada Ketua Kampung Kuala Krau yang turun menyokong dan turut mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat cina di pekan Kuala Krau.

Semoga program bersama masyarakat ini terus dilakukan oleh semua pihak agar terus menjaga hubungan perpaduan sesama kita walau berlainan bangsa.

Aireroshairi Roslan
TKP PAS Pahang
Kuala Krau,Pahang