Home Berita PAS Perak

Pemuda PAS bersihkan Dataran JPS Teluk Intan

181
SHARE

Oleh: Basith Samad

TELUK INTAN, 19 JUN – Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan telah turun gotong royong membersihkan lokasi pilihan mereka di Dataran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Intan, pagi tadi.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan, Mohd Firdaus Ziyaudin berkata program hari ini adalah sebagai menyahut seruan ‘Gelombang Hijau Bersihkan Sungai’ anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dibawah Lajnah Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Kesihatan (LASTHK).

“Kami telah mulakan program pagi tadi bermula pukul 8 pagi sehingga selesai mengutip sampah, ranting kayu dan sebagainya.

Alhamdulillah, 9 plastik sampah besar dan 7 tong sampah telah dikumpulkan dan dibuang di tempat yang sepatutnga dibuang,” katanya lagi ketika ditemui pagi tadi.

Menurutnya, menjaga kelestarian alam ini merupakan salah satu daripada tuntutan kita sebagai seorang manusia.

“Kita sebagai orang Islam adalah sangat dituntut untuk memelihara alam yang diciptakan oleh Allah S.W.T untuk kita semua kerana itu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai khalifah di dunia ini.

Semoga aktiviti hari ini dapat membugar kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk kita sama-sama menjaga kebersihan sungai kita.

Kami menyeru kepada semua masyarakat tanpa mengira lapisan umur, kaum dan agama untuk bersama-sama menyokong gelombang hijau bersihkan sungai ini demi memelihara alam sekitar dan sungai kita untuk generasi yang akan datang,” ujarnya lagi.

Turut hadir bersama gotong-royong ini Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merangkap Timbalan Ketua Pemuda PAS Teluk Intan, Nurhafizul Badrul Hisham dan Ahli Jawatan Kuasa DPPK Teluk Intan.