Home Artikel PAS Wilayah

Pemuda PAS Bandar Tun Razak Seru Ke Himpunan Fastaqim 2.0

630
SHARE

28 September 2017, BANDAR TUN RAZAK – Ketua Pemuda PAS Bandar Tun Razak, Ahmad Ghazali Naamat menyeru semua anak muda untuk hadir ke Himpunan FASTAQIM 2.0 di Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 30 September nanti.

Menurut beliau, anak muda terutama sekali Pemuda PAS perlu menzahirkan sokongan dan dokongan padu kepada parti dengan menghadirkan diri ke himpunan ini bersesuian dengan slogan Pemuda PAS Malaysia iaitu “Mara Menuju Cita”.

Tambah beliau lagi, PAS merupakan sebuah parti yang menitikberatkan perjuangan menegakkan Islam sebagai agenda utama dalam perjuangan parti tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya masyarakat majmuk di negara kita.

“Saya menyokong penuh seruan YB Tuan Guru Presiden PAS untuk turun ke Himpunan Fastaqim 2.0 dan mengajak semua anak muda di seluruh negara untuk bersama dalam himpunan ini.

“Semua pihak perlu menggandakan usaha untuk mempromosikan himpunan ini ke setiap peringkat Cawangan, Kawasan seterusnya PAS Negeri supaya seruan ini sampai kepada pengetahuan rakyat.” ujar beliau.

Himpunan Fastaqim tersebut dianjurkan untuk menyatukan seluruh umat Islam, menzahirkan kekuatan dan menunjukkan syiar Islam kepada masyarakat di Malaysia.

Selain itu, himpunan ini juga akan diselitkan dengan ucapan daripada pimpinan PAS dalam memberi motivasi serta membakar semangat juang ahli-ahli yang hadir bagi persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-14.

Himpunan ini juga dilaksanakan untuk menyambut seruan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar tahunan PAS kali ke-63 baru-baru ini iaitu Gerakan Tsunami Hijau di samping kesedaran rakyat mengenai kebangkitan dan perpaduan umat Islam di negara kita.