Home Artikel PAS Terengganu

Formasi ‘FASTAQIM 200K’ dari Udara

2664
SHARE

CHUKAI, KEMAMAN 28 SEPT 17- Satu formasi ‘FASTAQIM 200K’ dibentuk oleh 400 pelajar Sekolah Rendah Islam Darultaqwa, Kemaman awal pagi ini sebelum sesi persekolahan di pekarangan sekolah. Ia dipimpin oleh Ustaz Khairuddin, Ustaz Umar, Ustaz Mursyid, Ustaz Alwi, Ustaz Azman Kadir dan Ustaz Azizi.

Video formasi Fastaqim 200k dari pelajar SRI Darul Taqwa Kemaman.#GelombangHijau#HijauMenujuKemenangan

Posted by Fastaqim 2.0 on 27hb September 2017

Formasi ini dibuat sempena program Fastaqim 2.0 yang akan dibuat di Terengganu hujung minggu ini.

Ustaz Nik Muhammad Nasri, selaku Pengerusi ALP SRIDT memuji inisiatif yang dibuat oleh guru dan pelajar ini. ‘Ia adalah satu inisiatif yang baik, menggalakkan pelajar untuk memahami perjuangan Islam dengan cara tersendiri, kerana anak-anak inilah yang bakal mencorakkan masa depan negara, samada menjadi baik atau sebaliknya.’ ujarnya.

Promosi Fastaqim 2.0 ini dibuat bersama Team IT Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman.