Home Berita PAS Perlis

Pemuda PAS Arau sokong kenyataan Umno Padang Besar

225
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN ARAU

PEMUDA PAS KAWASAN ARAU SOKONG PENUH KENYATAAN UMNO BAHAGIAN PADANG BESAR MENGENAI KERJASAMA MUAFAKAT NASIONAL PRU-15 DI PERLIS

Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau (DPPKA) menyokong penuh pendirian UMNO Bahagian Padang Besar menerusi kenyataan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menyatakan kerjasama Muafakat Nasional (MN) akan terus terjalin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri Perlis.

Tambahan pula, PAS Negeri Perlis sentiasa komited untuk terus mempertahankan MN Bersama UMNO meskipun bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Perlis yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang mendakwa UMNO dan BN Perlis bersedia bergerak tanpa PAS dalam PRU-15 nanti.

Kerjasama ini selaras dengan perintah Allah supaya mewujudkan penyatuan dan mengelakkan perpecahan. Dengan wujudnya penyatuan umat Islam yang jitu, naratif Islam dan Melayu dapat dikembangkan tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya. Ini sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Semoga hubungan MN bersama UMNO di Malaysia khususnya di negeri Perlis akan terus terjalin erat pada PRU-15 nanti demi kekuatan agama, bangsa dan negara.

Yang benar,
AMRUL AMRI CHAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kawasan Arau
1 Jun 2022 | 1 ZULKAEDAH 1443H