Home Artikel PAS Perak

Pemuda hilang di kebun

1,432 views
SHARE

Batu Kurau: Misteri kehilangan seorang pemuda bernama Roslan Bin Kamaruddin 30, menggemparkan penduduk Kampung Makmur, Batu Kurau.

Pada 13.5.2018 , lebih kurang jam 10 pagi , Roslan yang keluar rumah membawa motosikal honda untuk ke kebun disedari hilang kerana kebiasaan pulang pada tengahari tetapi hingga ke petang beliau masih belum pulang.

“Kami hanya menemui motosikal sahaja di kebun” kata kakak mangsa bersama ibu mangsa yang keluar mencari mangsa terlebih dahulu lalu membuat laporan polis pada keesokkan hari nya.

ADUN Kubu Gajah, YB Ustaz Khalil Yahaya turun ke lokasi khemah operasi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kejadian sebenar.

Pasukan Polis, Bomba dan Jabatan Amal Malaysia (Larut) turut membantu dalam Operasi Mencari Orang Hilang

Mangsa selamat ditemui di dalam hutan berhampiran pada jam 3:40 petang 14.5.2018 dan dibawa pulang.

YB Ustaz Khalil juga sempat merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak berkuasa serta jabatan amal larut dalam usaha membantu dan memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Kubu Gajah Sejahtera”