Home Berita PAS Pulau Pinang

Pemuda cuba selami kesusahan hidup para asnaf

594
SHARE

BALIK PULAU: Pemuda PAS Kawasan Balik Pulau telah mengadakan program jelajah asnaf dalam Dun Bayan Lepas, Dun Pulau Betong dan Dun Teluk Bahang, di sini kelmarin dan semalam.

Disertai sama anggota Jabatan Amal dan Alternative Riding Club, delegasi berusaha menyelami kesusahan hidup masyarakat kurang berkemampuan dengan menghulurkan sumbangan.

Ianya sebagai meringankan beban kos sara hidup yang kian meningkat disamping mengeratkan silaturahim dengan berkongsi rezeki, lebih-lebih lagi mengambil kelebihan di bulan Ramadan.

Menurut Ketua Pemuda PAS Balik Pulau, Fahmi Ahmad, menjadi tanggungjawab pihaknya membantu dan memahami kesulitan dihadapi golongan asnaf lebih-lebih lagi menjelang Syawal.

Katanya, beliau berharap dengan inisiatif demikian mengeratkan hubungan bersama golongan itu yakni menjalin kegembiraan bersama kepada mereka yang kurang berkemampuan.