Home Artikel PAS Sabah

ARC Sandakan turun lapangan santuni masyarakat.

23 views
SHARE

Oleh : Junid Azam
27 Mei 2019

SANDAKAN : Program agihan bubur berbuka puasa yang merupakan aktiviti tahunan Dewan Pemuda PAS Zon Sandakan (Libaran, Sandakan dan Batu Sapi) telah berjaya dilaksanakan di sekitar Kampung Lupak Meluas dan PPR Taman Batu Sapi, semalam.

Agihan yang diberikan diadalan bergilir oleh semua entiti di bawah Pemuda PAS Zon Sandakan itu telah diamanahkan kepada Department of Art, Culture and Spoer (DACS) dan Alternative Riding Club (ARC) Sandakan telah mengagihkan lebih kurang 200 bungkus bubur.

Pengerusi ARC Sandakan, Abu Umar Uwais yang mengetuai agihan semalam juga mengagihkan risalah berkaitan Lailatul Qadar dan Ramadan untuk bacaan penduduk setempat.

“Kita (Pemuda PAS) perlu memberi penerangan yang sebaiknya berkaitan Lailatul Qadar ini kepada masyarakat kerana ia merupakan perkara yang sangat bermakna dalam bulan Ramadan ini.” Jelas Abu.

Tambahnya lagi, program seperti ini perlu diteruskan lagi setiap tahun dan kalau boleh setiap bulan agar masyarakat lebih mengenali PAS itu yang bukan sahaja parti yang fokus politik tapi juga mementingkan kebajikan rakyat.

Penduduk yang menerima bubur tersebut memberikan respon yang positif dan sangat berterima kasih atas keprihatinan Pemuda PAS Zon Sandakan.

Turut hadir dalam agihan tersebut adalah Timbalan Pengerusi ARC Sandakan, Rosli Anwar dan beberapa anggota ARC Sandakan yang lain.