Home Berita PAS Wilayah

Pemimpin Tertinggi Muslimat PAS Calon Wangsa Maju

290
SHARE

Oleh Dhiya’ Muttmainnah

WANGSA MAJU, 5 Nov: Proses penamaan calon Pilihanraya Umum ke-15 bagi Parlimen Wangsa Maju (P.116) telah berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati pagi ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dari Perikatan Nasional adalah antara yang terawal tiba di Pusat Penamaan Calon tersebut.

Turut hadir memberi sokongan adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Dr Hani Ali, Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Zurina Din, ahli keluarga serta penggerak dan penyokong Perikatan Nasional Wangsa Maju.

Menurut Zurina Din, Ustazah Nuridah atau lebih dikenali sebagai Kak Nuri telah terlibat aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan baik di dalam dan luar negara sejak dahulu lagi.

“Sejak pendemik Covid-19 yang lalu, Kak Nuri juga telah banyak bertemu mata dan menghulurkan bantuan kepada golongan B40 dan penduduk-penduduk yang sakit di Wangsa Maju ini,” ujar beliau.

Beliau turut berkongsi keperibadian Ustazah Nuridah yang sangat disenangi dan segani ramai.

“Sepanjang saya bersama Kak Nuri, orangnya memang sangat menyenangkan hati dan bukan jenis simpan dendam.

“Bila kita ziarah orang sakit dari lapisan masyarakat mana pun, Kak Nuri layan macam sanak saudara sendiri,” tambah beliau.

Beliau juga turut menzahirkan rasa syukur atas komitmen para petugas Perikatan Nasional Wangsa Maju yang sangat bersatu hati untuk menaikkan Ustazah Nuridah sebagai calon dalam Pilihanraya Umum ke-15 ini.