Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Pemergian Pakar Rujuk Adat Perpatih : Salam Takziah daripada PAS Negeri Sembilan.

1128
SHARE
PEMERGIAN PAKAR RUJUK ADAT PERPATIH :
Salam Takziah daripada PAS Negeri Sembilan.
 
Negeri Sembilan sebagai sebuah Negeri Beradat hari ini berdukacita kerana kepulangan seorang pakar rujuk Adat Perpatih ke Rahmatullah.
 
Individu yang dimaksudkan ialah Datuk Abdul Khalid Bonget. Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira pukul 9.15 pagi di rumahnya di Taman Anggerik, Batu Kikir, akibat komplikasi jantung yang dihadapinya sejak setahun lepas.
 
Allahyarham juga merupakan Tiang Balai Penghulu Luak Ulu Muar dan Datuk Lembaga daripada Suku Mungkal Luak Ulu Muar. Semasa hidupnya, Allahyarham pernah menerima Anugerah Tokoh Budaya Negeri Sembilan 2012 dan Tokoh Penulis Negeri Sembilan 2013.
 
Semoga jasa beliau dalam memberikan ilmu berkaitan Adat Perpatih kepada rakyat Negeri Sembilan yang mengguna pakai adat perpatih dalam hidup bermasyarakat dan bekeluarga, dikurniakan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
 
PAS Negeri Sembilan mengucapkan salam takziah buat keluarga Allahyarham di atas pemergian Allahyarham hari ini.
 
Semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan ruhnya dalam kalangan yang beriman.
 
Al-Fatihah.
 
NASARUDIN BAHARUDIN
Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.