Home Artikel PAS Perak

Peluang Kerjaya Anak Muda Semakin Mencabar

539
SHARE

Peluang Kerjaya Anak Muda Semakin Mencabar


TAMBUN: Kehidupan semakin mencabar dan agak membimbangkan khususnya melibatkan anak muda dari segi kadar pengangguran seperti dilaporkan laman sesawang Invest Perak telah membuktikan data menunjukkan Perak masih berada dibawah purata keseluruhan Negara Malaysia. http://www.investperak.gov.my/invest-in-perak/workforce/.

Pengangguran melibatkan pelbagai peringkat wajar dilihat dan diatasi secara komprehensif termasuklah kelompok anak muda yang tercicir daripada arus perdana sama ada faktor kemiskinan atau gaya hidup setempat.

Pandangan tersebut dilontarkan Ketua Pemuda PAS Tambun, Ustaz Hafez Sabri menyatakan Industri Elekrik dan Elektronik adalah antara penyumbang ekonomi tertinggi di Perak melibatkan pelaburan syarikat seperti Finisar, Carsem, Unisem, Kamaya dan Yamaha Electronics amat baik khususnya di Zon Klebang dalam Dun Manjoi sebagai hub industri komersial.

Tambahnya, kesan ekonomi yang agak lemah menyebabkan beberapa konglomerat seperti SunEdison Semiconductor menutup operasinya di negeri Perak.

Menurutnya lagi, kemudahan seperti pengangkutan udara yang belum mencapai piawaian jelas menjadikan Perak ketinggalan berbanding Selangor, Pulau Pinang malah Sabah dan Sarawak.

“Satu pelan tindakan yang lebih komprehensif harus digerakkan bagi memastikan peluang kerjaya diperluas agar tidak hilang begitu sahaja.

“Pengumuman kerajaan negeri bagi pembinaan Lapangan Terbang baharu perlu di terjemahkan pada Bajet 2018 akan datang dan direalisasikan pembangunannya bagi memastikan warga Perak mendapat manfaat sewajarnya.

“Kita sepatutnya berasa bimbang dengan laporan Khazanah Nasional yang meletakkan Perak di tangga kedua sebagai negeri miskin benar benar terjadi, sedangkan secara realiti potensi negeri Perak harus bersesuaian status negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dan pernah menjadi kuasa ekonomi Tanah Melayu sewaktu perkembangan ekonomi melalui industri perlombongan bijih timah.

Jelas Hafez, Zon Chemor sebagai industri asas tani mampu membuka peluang pengembangan ekonomi sebagai usahawan atau mampu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan secara langsung mahu pun tidak langsung.

Disamping itu Zon Manjoi menjadi hub industri kecil dan sederhana dengan mengkomersialkan produk tradisi tempatan ke persada antarabangsa.

Justeru dengan usaha menaiktaraf Manjoi sebagai perkampungan tradisi sebagai produk pelancongan negeri Perak mampu melonjakkan lagi ekonomi serta membuka lebih luas peluang pekerjaan untuk penduduk setempat ke arah membentuk masyarakat sejahtera.

Beliau berkata membawa aspirasi anak muda Dun Manjoi berhasrat untuk memajukan diri, masyarakat dan negeri berdasarkan fokus yang dicadangkan seperti digariskan melalui tiga (3) agenda utama tersebut.

Sokongan dan dokongan semua warga Dun Manjoi kepada usaha PAS secara berterusan, bakal mrealisasikan impian dan Gagasan Dun Manjoi untuk manfaat bersama secara menyeluruh.

{jathumbnail off}