Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Pelindung Muka DIY : Usaha Muslimat PAS

9288
SHARE

Pelindung Muka DIY : Usaha Muslimat PAS

Idea tercetus oleh seorang Doktor daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) serta gabungan bersama Jabatan Muslimat Medikal Team (MusMedik) telah menghasilkan pelindung muka DIY.

Prihatin dengan keperluan petugas kesihatan dan perubatan yang amat memerlukan pelindung muka, MusMedik berjaya menghasilkan inovasi untuk pelindung muka DIY bagi kegunaan golongan ini. Sebanyak 860 unit pelindung muka telah berjaya dihasilkan setakat ini.

Pelindung muka ini telah diagihkan kepada hospital dan pusat kesihatan sekitar Bangi, Serdang, Cheras dan Putrajaya hari ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Salleh menggalakkan muslimat di peringkat kawasan menghasilkan pelindung muka ini sebagai sumbangan kepada petugas kesihatan di daerah masing-masing.

Muslimat PAS juga turut mengharapkan inisiatif-inisiatif sebegini dapat dipelbagaikan untuk membantu pihak kerajaan dalam membendung penularan wabak pandemik Covid-19 ini.