Home Berita PAS Negeri Sembilan

Pelancaran program Ziarah Prihatin : Perikatan Nasional serah 1000 bakul makanan

179
SHARE

Oleh RUSILAH MD SOM

SEREMBAN, 27 Ogos : Majlis pelancaran Program Ziarah Prihatin (PZP) anjuran Perikatan Nasional (PN) telah menyerahkan 1000 bakul makanan untuk rakyat Negeri Sembilan yang terjejas akibat wabak Covid-19, semalam.

Pengerusi PN Negeri Sembilan YB Dato’ Eddin Syazlee Shith telah menyempurnakan majlis pelancaran PZP yang diadakan di Pejabat Bersatu Negeri Sembilan, di sini.

Menurut YB Dato’ Eddin Syazlee, 1000 bakul makanan yang diserahkan tersebut dibahagikan kepada wakil PAS, Bersatu dan Gerakan untuk disampaikan pada rakyat kawasan masing- masing yang terjejas pendapatan akibat wabak yang berlaku.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, Naib Pengerusi Bersatu, Dato’ Mohamad Hanapi Mohd Zain dan Pengerusi Gerakan Negeri Sembilan Dato David Choong Vee Hing menjadi wakil untuk menerima sumbangan bakul makanan tersebut.

Pimpinan lain yang turut sama dalam majlis pelancaran itu termasuklah Ketua Wanita PN Negeri Sembilan Fazilah Abu Samah yang juga merupakan Ketua Muslimat PAS negeri, Penolong Ketua Pemuda PN negeri, Khairul Yazman, merangkap Ketua Pemuda PAS negeri serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa PN Negeri Sembilan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan mewakili PN kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pelacaran PZP dan saya berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban rakyat yang berada dalam kesempitan hidup,” ujar YB Dato’ Eddin Syazli.