Home Berita PAS Perak

PAS Caawangan Kampung Pak Dollah terima ahli baru

70
SHARE

Oleh : Ez

11 Februari 2024

BUKIT GANTANG: Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PAS Cawangan Kampung Pak Dollah Kali Ke-30 telah berjaya dilaksanakan di Rumah Ketua Cawangan di Kampung Pak Dollah di sini , baru-baru ini.

Ketua Cawangan Kampung Pak Dollah,Haji Ramli Haron berkata mesyuarat ini menjadi medan muhasabah bagi memperkemaskan lagi gerak kerja PAS Cawangan.

“Saya amat berharap semua ahli dapat menjaga ukhuwwah sesama kita biarpun ada ramai di kalangan ahli yang sudah berpindah ke tempat lain.

“Selain itu, saya turut berharap agar setiap ahli membantu mencari dana bagi memperkukuhkan lagi kewangan kita supaya lebih banyak program yang boleh dilaksanakan terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat,” ujarnya lagi.

Perasmian mesyuarat telah dirasmikan oleh Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Hafizul Ahmad.

Semasa perasmian mesyuarat itu juga, PAS kawasan Bukit Gantang telah menerima permohonan ahli baharu PAS daripada cawangan Kampung Pak Dollah.

“Syukur alhamdulillah hasil pendekatan mesra pimpinan PAS cawangan Kampung Pak Dollah menarik minat masyarakat mendekati keluarga PAS Kampung Pak Dollah”, ringkas Ketua PAS Cawangan Kampung Pak Dollah.

PAS Bukit Gantang mengucapkan tahniah dan syabas kepada PAS Kampung Pak Dollah di atas penerimaan ahli baru PAS.

Seramai lebih 20 orang perwakilan PAS Cawangan telah menghadiri Meyuarat Agung tersebut yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.