Oleh : Nur ‘Iffah
PORT DICKSON: Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2018 telah berlangsung dalam suasana penuh meriah pada 15 Disember yang lalu, bertempat di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson.
Acara tahunan tersebut diadakan sebagai mengiktiraf pencapaian para guru dan pelajar PASTI dari seluruh negara sepanjang tahun ini.
Tiga orang pelajar PASTI dari negeri Perlis adalah antara penerima anugerah pada majlis tersebut.
Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Perlis Kategori 6 tahun menjadi milik adik Muhammad Faris Reduan manakala Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI Negeri Perlis Kategori 5 tahun pula dinobatkan kepada adik Aishah Husna Mohd Shahrizan.
Sementara itu, adik Muhammad Aqil Naufal Mohd Nasri pula menerima Augerah Pra Tahfiz Negeri Perlis.
Majlis perasmian Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2018 telah disempurnakan oleh IR Haji Khairil Nizam Khirudin, Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
Majlis anugerah yang bermula pada jam 8.30 pagi itu berakhir pada jam 12.30 tengah hari.