Home Artikel PAS Wilayah

Belasungkawa Allahyarham Adib

183 views
SHARE

 

 

 

 

 

 

 

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim, 23 yang meninggal dunia semalam telah selamat diuruskan di Hospital Kuala Lumpur pagi tadi.

Tuan Haji Baker bin Sidek dan Tuan Haji Hoslan bin Hussin daripada Lajnah Kebajikan PAS Wilayah Persekutuan turut membantu menguruskan jenazah Muhammad Adib pada jam 2.15 pagi tadi. Mereka bersama-sama ayahanda Muhammad Adib, Encik Mohd Kassim serta saudara mara berkumpul di Jabatan Perubatan Forensik HKL bagi menunggu jenazah untuk dimandikan.

Kematian allahyarham Muhammad Adib akibat kecederaan semasa bertugas mengawal kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu amat mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia menjadi saksi pengorbanan beliau sebagai anggota bomba yang komited menjaga keharmonian negara sehingga ke hujung nyawa. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah, diampunkan dosa-dosanya serta ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan orang beriman. Amin.