Home Artikel PAS Pahang

Pelajar PASTI orang asal terima sumbangan persekolahan

376
SHARE

Sg Koyan-21 Jan; PASTI yeng merupakan pusat pembelajaran terpilih rakyat Malaysia kini telah menubuhkan sebuah PASTI Orang Asal di Kg Pantos Cameron Higlands.

Walaupun sesi pembelajaran PASTI di seluruh negara tidak diadakan secara bersemuka, namun PASTI telah mewujudkan pembejaran secara online sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Pada hari ini, PASTI Pahang telah menyampaikan sumbangan khas alat kelengkapan sekolah untuk pelajar PASTI Orang Asal Kg Pantos seramai 9 orang murid.

Sumbangan ini adalah tajaan PASTI Pahang dan telah disampaikan oleh Cikgu Danial Abdul Aziz selaku Pengerusi PASTI Pahang dan disampaikan melalui YDP PAS Kawasan Cameron Higlands Ustaz Abdul Karim Nor dan turut hadir AJK Pengurusan PASTI Kawasan Cameron Higlands.

Semoga dengan sumbangn ini akan memerikan semangat untuk pelajar-pelajar untuk terus belajar mendalami ilmu-ilmu Islam.