Home Berita PAS Sabah

Pelajar PASTI kunjungi Keluarga Uncle Tan, pupuk nilai perpaduan

1316
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
03 Februari 2020

TAWAU : Seramai 89 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Nurul Ain, Batu 2 Jalan Apas ,  telah berkunjung ke rumah Kedai Uncle Tan sempena Tahun Baharu Cina, di sini, baru-baru ini.

Ketua Guru , Ustazah Aisyah Latomba berkata kunjungan tersebut bertujuan untuk memupuk nilai perpaduan kaum kepada  pelajar-pelajar.

Ustazah Aisyah menyatakan rumah kedai Keluarga UncleTan  terletak berhadapan dengan premis PASTI Nurul Ain.

” Kunjungan ini bertujuan menyemai nilai positif dalam perhubungan bermasyarakat dengan saling hormat menghormati  dalam  kehidupan yang berbilang bangsa dan agama .

” Ia juga untuk memberi peluang kepada para pelajar kami  turut serta merayakan perayaan kaum lain serta  memberi ucapan Selamat Tahun Baharu Cina.

” Pelajar-pelajar kami yang terdiri daripada pelajar 6 tahun , dengan berpakaian seragam PASTI turut memberikan buah tangan berupa buah-buahan kepada keluarga Uncle Tan ” katanya.

Beliau berharap agar aktiviti seumpama itu akan dilakukan lagi pada masa-masa akan datang dan menjadi contoh kepada PASTI -PASTI lain.