pahan
PAYA BESAR – Pelajar-pelajar PASTI juga merupakan duta terbaik yang memartabatkan PAS kepada masyarakat menerusi akhlak mulia dipamerkan.
Yang DiPertua PAS Kawasan Paya Besar, Ustaz Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kerana itu PASTI kini semakin diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Perkara itu jelasnya, dapat dilihat pada perkembangan pesat pendidikan PASTI yang sangat menakjubkan, selain jumlah pertambahan pelajar memasuki pra-sekolah itu.
Beliau berkata demikian pada Majlis Konvokesyen PASTI Paya Besar melibatkan 300 pelajar 6 tahun yang menamatkan pengajian mereka di Dewan Era Gemilang, Kampung Pandan, di sini semalam.
Sementara itu, Pengerusi PASTI Paya Besar, Nazri Ab Hamid berkata, PASTI kawasan itu antara paling pantas berkembang yang kini terapat 18 cawangan dengan 935 pelajar di mana tahun depan akan membuka dua lagi premis baru. – HARAKAHDAILY 3/12/2017