Home Berita PAS Pahang

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Beserah memerlukan sumbangan daripada orang ramai

1230
SHARE

Indera Mahkota – Saya mengambil kesempatan diruangan ini untuk merayu dan memohon sumbangan daripada masyarakat umum khasnya masyarakat sekitar parlimen Indera Mahkota dan DUN Beserah untuk sama sama menyumbang didalam menjayakan program bantuan persekolahan bagi sesi 2018. Yang juga dikenali sebagai “Bantuan kembali ke sekolah”.

Untuk makluman semua, Hasil daripada program program kita yang telah lepas, seramai lebih daripada  1300 pelajar telah kita bantu. Dan semua bentuk bantuan ini adalah datang daripada ahli ahli masyarakat yang prihatin dan penyayang sehingga mereka mampu untuk memberikan sumbangan tersebut.

Justeru itu, kali ini juga kami mengharapkan  masyarakat yang prihatin dan penyayang untuk sama sama membantu di dalam menghulurkan sumbangan kepada menjayakan Program bantuan persekolahan sesi 2018 ini.

Segala bentuk sumbangan dan bantuan boleh dihulurkan kepada akaun yang atas nama Pusat Khidmat DUN Beserah iaitu 0601 901 007 7387(Bank Islam)

Saya berdoa agar Allah swt memberkati dan merahmati seluruh ahli masyarakat yang prihatin dan penyayang serta mempu untuk memberikan sumbangan di dalam kita menjayakan program ini. Semoga Allah s.w.t juga sentiasa melindungi kita semua dan juga anak anak yang bakal mewarisi pemerintahan dan juga bumi malaysia ini.

Sekali lagi saya merayu kepada masyarakat yang prihatin dan penyayang untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan seikhlas mungkin dan sama sama membantu anak anak yang miskin dan anak anak yatim yang kurang berkeupayaan untuk memberikan mereka persiapan bagi sesi persekolahan 2018.