Home Berita PAS Perak

Pelajar bersyukur terima sumbangan telefon pintar dari ADUN PAS

304
SHARE

BAGAN SERAI: Sejumlah 100 orang pelajar dalam DUN Gunung Semanggol telah diperuntukkan untuk terpilih menerima sumbangan telefon pintar.

Dari jumlah tersebut, pada peringkat pertama seramai 8 orang pelajar menerima sumbangan telefon pintar yang disampaikan oleh ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria di pejabatnya tengah hari tadi.

Rata-rata pelajar dan ibubapa yang ditemui mengucapkan syukur dan terima kasih di atas sumbangan tersebut.

“Alhamdulillah, mudah-mudahan dia boleh belajar. Sebab dekat rumah tu kan kadang masalah juga. Bila dah handset tu kongsi, jadi kalau dia dapat handset untuk dia ni senanglah untuk dia belajar. Alhamdulillah, terima kasihlah” – Hamidah Nor. (Ibu)

“Rasa bersyukur, terima kasih bagi bantuan” – Nadzirah Abu Samah, pelajar SMK Gunung Semanggol

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Perak, yang memberi telefon pintar kepada saya, saya akan guna sebaik mungkin” – Mohamad Syamir Aziq, pelajar SMK Bagan Serai.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Kerian En. Mohd Paku Ruzi Min