Isu murtad merupakan satu ancaman besar kepada negara khususnya kepada orang Islam.
Sebagai penganut agama Islam, kita mesti sensitif mengenai isu murtad kerana ia menyentuh agama Islam itu sendiri, apatah lagi dalam konteks negara berbilang bangsa dan kaum di mana seseorang itu tidak boleh mengganggu agama orang lain.
Semua berhak mengikut ajaran masing-masing, oleh kerana itu orang lain tidak boleh mengganggu umat Islam mempercayai agama Islam.
Itu adalah hak asasi yang wajar dihormati semua orang. Maksudnya orang Islam tidak boleh ganggu urusan agama orang Kristian, Buddha ataupun Hindu. Jadi tiada pula orang bukan Islam boleh mengganggu-gugat urusan agama kita sebagai orang Islam.
Selagi agama Islam mempunyai kod dan etikanya, ada dalil dan naqli, maka tidak sepatutnya orang lain berasa cemburu kepada orang Islam.
Agama Islam, bukan sesuatu yang ritual, ada hari tertentu, masa tertentu, tempat tertentu tetapi bersifat menyeluruh di mana
bermula daripada seseorang itu membuka mata sampai kepada hari kematiannya.
Sebenarnya penyebaran agama bukan Islam terutama agama Kristian berlaku di zaman penjajah lagi kerana itu kejayaan untuk memurtadkan seseorang dianggap mercu tanda agama tersebut.
Sehubungan itu, sebagai sebuah negara yang menyatakan Islam agama rasmi sepatutnya memastikan perkara murtad itu tidak melanda umat Islam.
Sesungguhnya, sebagai orang Islam, kita percaya dan yakin agama Islam menjaga kepentingan semua orang. Islam bukanlah agama yang berteraskan kepada bangsa, keturunan dan tempat, tetapi agama yang memelihara segala nilai-nilai murni yang universal dan memberi kebaikan kepada semua orang tanpa apapun status agama, bangsa, ekonomi ataupun kehidupan.
Penekanan kepada akidah amat penting untuk seseorang itu tidak terpesong kepada agama lain. Oleh itu, jalan terbaik seseorang itu untuk tidak mudah terpengaruh dengan agama lain, mereka hendaklah bertakwa dan takut kepada Allah SWT, ini kerana pengajaran dan nilai keislaman yang ditanamkan pada hari ini tidak lagi syumul.
Cikgu Shokri Hj.Fauzi.
Mantan PJ PAS Sarawak.
19 April 2017.