Home Berita PAS Selangor

Pejabat PAS Selangor kibarkan bendera Palestin tanda solidariti – Setiausaha PAS Selangor

187
SHARE

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Shah Alam | Apa lagi ruang yang boleh dinyatakan oleh umat Islam tanda keprihatinan terhadap apa yang berlaku di bumi Al-Aqsa. Hendak menjadi rakyat dan pejuang dibumi Palestin sudah tentu tidak boleh dan diluar kemampuan dan keterbatasan yang ada. Tinggal lagi doa yang dipanjatkan dan infaq yang dikirim buat mereka.
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor mengambil inisiatif menaikkan dan mengkibarkan bendera di Pejabat Perhubungan di Alami Shah Alam. Sekretariat Pejabat PAS Selangor yang diterajui oleh Setiausahanya iaitu Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir ketika dihubungi memaklumkan bahawa bendera Palestin bersaiz besar memanjang akan dinaikkan. Tanda solidariti kepada perjuangan sahabat-sahabat di Palestin.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Selangor itu lagi, ketika ini kempen infaq dana sumbangan Palestin masih berjalan diperingkat PAS Kawasan di seluruh Selangor. Bendera Palestin dinaikkan juga seiring dengan infaq yang diberikan sekaligus membuktikan kebersamaan dan keprihatinan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor