Home Artikel Dewan Ulamak PAS Pusat

Peguam Negara : Kerajaan Gagal Kemuka Calon Bebas Kontroversi, Tidak Berkepentingan

1,024 views
SHARE

PEGUAM NEGARA : KERAJAAN GAGAL KEMUKA CALON BEBAS KONTROVERSI, TIDAK BERKEPENTINGAN
oleh
DATO’ DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
AJK DUPP

1. Masalah pelantikan Peguam Negara sepatutnya kekal menjadi urusan antara Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri sahaja.

2. Ia perlu diselesaikan secara tertib mengikut peruntukan dalam perlembagaan. PM berperanan menasihati manakala YDPA tetap berkuasa menentusahkan pelantikan yang perlu dibuat.

3. Amat tidak wajar sekali isu ini sengaja didedahkan menjadi polemik awam sehingga boleh mencemarkan nama YDPA dan Majlis Raja-raja yang mempunyai kedudukan dan peranan istimewa yang diiktiraf oleh perlembagaan dan sejarah.

4. Lebih teruk lagi, ada pihak sengaja mengasosiasikan agama dengan sifat zalim, dengan berhujah bahawa lebih baik memilih orang kafir yang baik daripada orang Islam yang zalim seolah tiada lagi yang adil dan baik di kalangan muslim.

5. Islam dijadikan kambing hitam semata-mata mahu merasionalkan pelantikan seseorang yang bukan Islam. Ini adalah antara bentuk serangan pemikiran tajaan kumpulan liberalisme dan pluralisme agama yang sedang mengancam umat Islam di negara ini

6. Meneliti kuasa dan tanggungjawab Peguam Negara yang digariskan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, tanpa menafikan kepakaran Tommy Thomas mengenai undang-undang dan perlembagaan, saya berpendirian bahawa beliau tidak sesuai menduduki jawatan itu kerana pemikiran sekular tegar beliau boleh menjejaskan kedudukan dan peranan Islam yang telah dijamin oleh perlembagaan Persekutuan sendiri serta bakal membantutkan usaha memartabatkan agenda Islam yang menjadi teras kedaulatan negara ini.

7. Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab menyatukan masyarakat berteraskan asas-asas bernegara yang telah dipersetujui antaranya kedaulatan Islam dan kedaulatan Raja-raja dan Sultan.

8. Adalah amat mengecewakan sekali apabila Kerajaan di era Malaysia Baharu hari ini gagal mengemukakan calon yang bebas kontroversi dan tidak berkepentingan untuk mejawat posisi sepenting itu. Kelihatannya sikap itu sama sahaja dengan kerajaan sebelum ini yang sering melantik individu bermasalah untuk memegang jawatan-jawatan penting.

Sekian.

“Sejahtera Bersama Islam”
Isnin 4hb Jun 2018

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2000821313261222&id=569086473101387