INFO Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohd Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kapar | Dalam suasana kes Covid-19 yang masih tinggi di negara kita, khususnya di Selangor, maka PdPR merupakan pendekatan yang terbaik, yang perlu diterima oleh semua pihak.
Ust Noor Najhan Mohamad Salleh Timbalan Pengerusi PERPIS dalam sebuah hantaran media sosial beliau menyatakan, memandangkan anak-anak sepenuhnya berada di rumah, maka ibu bapa perlu memainkan peranan yang cukup penting bagi memastikan PdPR ini berkesan. Sekiranya pembelajaran anak-anak ini tidak diberi perhatian dikhuatiri akan berlaku generasi keciciran pada masa akan datang.
Justeru Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (PERPIS) menyarankan beberapa perkara kepada ibu ayah yang dikasihi:
1. Membantu menyediakan prasarana IT yang terbaik mengikut kemampuan keluarga;
2. Mewujudkan suasana pembelajaran di rumah;
3. Membimbing dan memantau pembelajaran anak-anak;
4. Membina hubungan dua hala dengan pihak sekolah ataupun guru-guru yang mengajar.
Semoga kita bersama mampu melahirkan Anak Pintar Soleh walau bagaimanapun situasi yang kita hadapi.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor