Home Kenyataan Media PAS Pulau Pinang

PBAPP fokus selesaikan pencemaran Sungai Merbau Kudong sebelum campu tangan urusan pihak lain

102
SHARE

Kenyataan Media Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pulau Pinang

10 Safar 1444H /
7 September 2022

PBAPP FOKUS SELESAIKAN PENCEMARAN ALUM SLUDGE SUNGAI MERBAU KUDONG SEBELUM CAMPUR TANGAN URUSAN PIHAK LAIN

1. Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang menyelar sikap kerajaan DAP yang membiarkan kenyataan media tidak profesional Ketua Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa terhadap YB Menteri Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Kementarian Alam Sekitar dan Air (KASA).

2. Kenyataan media dengan laras bahasa yang tidak sesuai menggambarkan sikap tidak professional oleh Ketua Eksekutif PBAPP ini menyerlahkan kegagalan DAP dalam memastikan pentadbiran pihak berkuasa Air Pulau Pinang berada di tangan yang betul , setelah sekian lama Ketua Eksekutif tersebut gagal dalam menyelesaikan masalah pencemaran Sungai Merbau Kudong oleh sisa buangan berunsur logam Aluminium iaitu enapcemar ‘Alum Sludge’ daripada loji rawatan air Sungai Dua milik PBAPP.

3. Sisa buangan Alum Sludge adalah termasuk dalam kategori sisa terjadual SW 204 yang sama sekali tidak boleh di buang ke dalam Sungai Merbau Kudong yang akhirnya dilambakkan ke dalam Sungai Prai mati.

4. Lambakan sisa terjadual Alum Sludge ke dalam Sungai Prai mati akhirnya menyebabkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebuah jabatan di bawah KASA terpaksa menanggung kos sebanyak kos penyelenggaraan ke atas Sungai Merbau Kudong sehingga Sungai Perai Mati untuk tempoh dua (2) tahun dari 15 Julai 2020 hingga 14 Julai 2022 adalah berjumlah RM154,950.00 dengan enam (6) kali pencucian untuk tempoh tersebut.

5. Kegagalan Ketua Eksekutif PBAPP ini telah diakui oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang pada 20 Mei 2021 apabila dicadangkan supaya kos pengurusan pelupusan buangan ‘alum sludge’ perlu diambil kira dalam keseluruhan kos operasi pengeluaran air bersih yang selama gagal diurus dengan sebaiknya oleh beliau.

6. Oleh yang demikian , kelemahan Ketua Eksekutif PBAPP adalah cerminan kelemahan pemerintahan DAP di Pulau Pinang dalam menangani isu-isu alam sekitar.

7. LATAS yang telah mendapat aduan penduduk kampung Merbau Kudong sebelum ini akan mengambil tindakan dalam masa terdekat , supaya mereka yang terjejas akan mendapat pembelaan sewajarnya.

8. LATAS akan sentiasa komited bagi memastikan badan air dan sungai-sungai tidak terus dicemar. Seterusnya kesihatan , keselamatan penduduk serta hidupan air dan kelestarian alam sekitar di Pulau Pinang dapat dijaga dengan baik.

9. LATAS berharap selepas ini Ketua Eksekutif PBAPP akan lebih professional dan lebih menumpukan penyelesaian masalah penduduk di Pulau Pinang daripada berpolitik.

Sekian, Terima Kasih

“MALAYSIA SEJAHTERA”

Saiful Lizan bin Md Yusoff
Pengerusi, Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS) PAS Pulau Pinang