KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
20 MAC 2020 | Jumaat.
PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DEMI KEBAIKAN BERSAMA
- Dewan Pemuda PAS Kedah merayu agar seluruh lapisan masyarakat mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada 18 Mac yang lalu.
2- Pematuhan sempurna ini penting berikutan laporan statistik jangkitan wabak COVID-19 yang semakin meningkat dan sangat membimbangkan, statistik di Kedah kini mencecah 40 kes.
- Berdasarkan perkembangan pada hari pertama tempoh kawalan, didapati sekitar 40 peratus masyarakat tidak patuh dan mengambil mudah dengan arahan yang dikeluarkan.Jika situasi ini berlarutan ,dibimbangi akan merencatkan usaha pihak kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
4- Kami juga menyeru agar semua lapisan masyarakat terutama golongan muda yang dekat dengan media sosial supaya menjadi ejen penerangan kepada masyarakat untuk memastikan Perintah Kawalan Pergerakan ini dapat difahami dan diikuti.
- Jadikanlah tempoh “Just stay at Home” ini sebagai peluang untuk memperolehi masa yang berkualiti bersama ahli keluarga, dan mempertingkatkan hubungan dengan Allah.
Yang Benar,
USTAZ NURUL AMIN HAMID
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah