Home Artikel PAS Perlis

1000 Tetamu Meriahkan Rumah Terbuka PAS Kangar

564
SHARE

KANGAR : Bersempena dengan kedatangan Syawal, PAS Kawasan Kangar telah mengambil kesempatan itu untuk menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kawasan Kangar dan Kenduri Kesyukuran.

Majlis tersebut telah diadakan pada 12 Julai 2017 bersamaan 18 Syawal 1438H, bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kangar di Teluk Kachang, Bintong, Perlis. 

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran beberapa orang tetamu jemputan, antaranya Mursyidul Am Tuan Guru Hashim bin Jasin, Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, YB Cikgu Shukri bin Ramli dan YB Jerai, Ustaz Mohd Azam bin Abd Samat.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis serta jawatan kuasa PAS Kawasan Kangar, Arau serta Padang Besar.

Majlis rumah terbuka yang diadakan seawal jam 12.00 tengah hari itu telah mencatat kehadiran pengunjung seramai kira-kira 1000 orang.

{jathumbnail off}