Home Berita PAS Perak

Pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin pamer kehebatan di MSSD Kinta Selatan

221
SHARE

Oleh: Ibnu Al-Walid

BATU GAJAH – Pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin berjaya memperlihatkan prestasi cemerlang dengan meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 tahun Majlis Sukan Sekolah Daedah (MSSD) Kinta Selatan di Sekolah Kebangsaan Siputeh, disini baru-baru ini.

Meskipun ini merupakan penyertaan pertama kali SRITI Darul Muttaqin dalam pertandingan peringkat MSSD Kinta Selatan, mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam bersaing dengan sekolah-sekolah kebangsaan di daerah ini.

Perjalanan pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin di kejohanan ini bukanlah perkara mudah, mereka telah berhadapan dengan cabaran sengit sejak peringkat kumpulan. Namun, semangat mereka yang berkobar-kobar membawa mereka berjaya melangkah ke peringkat suku akhir setelah mengalahkan Sekolah Kebangsaan Tiwa dengan keputusan akhir 7-4.

Semangat kejayaan yang membara tidak berhenti di situ, pasukan SRITI Darul Muttaqin meneruskan perjuangan dengan gigih di peringkat separuh akhir bertemu dengan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru dan berakhir dengan mata 13-3.

Meskipun tidak berhasil meraih gelaran juara, pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin tetap berbangga dengan pencapaian mereka dan mengucapkan tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Baru yang layak ke peringkat akhir.

Guru Penyelia pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin mengatakan, “Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan kami dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 tahun MSSD Kinta Selatan,

“Ini adalah pengalaman pertama kami berentap dalam peringkat ini, dan kami akan terus berlatih dan berusaha untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan dorongan kepada pasukan kami.”

Kejayaan pasukan Bola Jaring SRITI Darul Muttaqin ini membuktikan bahawa semangat juang dan usaha gigih dapat membawa kejayaan, walaupun berdepan dengan cabaran dan lawan yang tangguh.

Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi bagi pasukan untuk terus berusaha dan berjaya dalam bidang sukan pada masa hadapan.