Home Berita PAS Sabah

Pastikan diri dan keluarga pandai baca Al-Quran

8
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
25 Mac 2025

Sepanggar: “Perbanyakkan masa dengan Al-Quran dalam 10 hari terakhir Ramadan ini, pastikan diri dan keluarga pandai membaca kitab suci Al-Quran,” antara intipati tazkirah ringkas ADUN lantikan Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan dalam Program Sahur Sekampung Kampung Buronuon, di sini kelmarin.

Aliakbar juga berpesan untuk banyakkan sedekah walaupun satu ringgit untuk meraih keberkatan bulan Ramadan.

“Imarahkan masjid dan surau dengan beriktikaf dan qiamullail, semoga ada amalan kita di 10 malam terakhir ini jatuh pada malam lailatul qadar iaitu malam di mana amalan kita diberi ganjaran pahala ibadah 1000 bulan,” ujarnya lagi.

Lebih 50 orang anak-anak muda, ibu bapa dan juga kanak-kanak dari Kampung Buronuon dan sekitarnya memeriahkan Program Sahur Sekampung.

Turut hadir dalam program tersebut adalah Pegawai Khas ADUN, Hasruddin Syamsuddin,

Program diteruskan dengan ziarah asnaf di Kampung Unggun dan beli belah baju raya bersama asnaf di Survey Supermarket Likas, Kota Kinabalu.