Home Berita PAS Perak

PASTI Teluk Intan giat promosikan ambilan murid tahun 2022

122
SHARE

Oleh: `Atifah Salleh

TELUK INTAN, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Teluk Intan telah melancarkan kempen gerak gempur mempromosikan pendaftaran baharu murid PASTI Nur Ehsan baru-baru ini.

Kempen dilaksanakan bertujuan untuk memperkenalkan PASTI sebagai pilihan terbaik kepada masyarakat setempat dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan pra persekolahan berteraskan Islam.

Program pelancarannya di sempurnakan di Surau Diri Jumaat Taman Desa Bakti yang dimulai dengan taklimat disampaikan Pengerusi PASTI Teluk Intan, Abu Annas Tarmizi kepada 12 petugas kempen daripada muslimin dan muslimat.

Para petugas mengedarkan risalah mengandungi kit pengenalan tentang sistem pendidikan pra persekolahan PASTI Teluk Intan ke rumah-rumah penduduk muslim setempat.

Menurut Abu Anas, kempen gerak gempur akan diteruskan siri berikutnya dalam usaha mempromosikan dua lagi PASTI iaitu PASTI Al-Hidayah yang terletak di Taman Karentina, Batak Rabit dan PASTI Al-Falah di Taman Desa Aman, Batu 6 Jalan Hutan Melintang.

Selain itu, PASTI Teluk Intan juga telah melancarkan kempen “Like FB PASTI Teluk Intan” dalam rangka memastikan segala informasi dan berita semasa mengenai PASTI di kawasan ini dapat sebarkan kepada masyarakat setempat ” ujarnya lagi.

Harapan beliau semoga PASTI Teluk Intan menjadi pilihan masyarakat muslim sebagai wadah pendidikan berteraskan Islam yang berkembang seiring dengan sistem pendidikan arus perdana masa kini