Home Berita PAS Sabah

PASTI Tawau taja Ikon Sukarelawan umrah

115
SHARE

Oleh : Raudhatul Syarifah

Tawau : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Tawau akan menaja 2 sukarelawan PASTI untuk menunaikan umrah pada tahun ini.

Tajaan tersebut telah disampaikan oleh YDP Kawasan, Mohamad Husain pada majlis Sambutan Hari Guru PAS Kawasan Tawau yang telah diadakan Dewan Datuk Abdullah Japar, Ahad tadi.

Dua orang sukarelawan bertuah tersebut adalah Siti Rahmah Bandu dan Sajra Haseng yang masing-masing telah telah berbakti selama 35 tahun dan 21 Tahun.

Menurut Pengerusi PASTI, Irwan Hamdan, pemilihan tersebut adalah sebagai tanda penghargaan  buat mereka atas segala jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan selama bersama PASTI.

Selain itu Anugerah Ikon Sukarelawan juga diberikan kepada Apsah Ahmad, Arma Amirullah ,Hasni Abdullah dan Herni Muhd Yusuf.

Manakala Anugerah Guru Cemerlang diberikan kepada Hasni Abdul Latif,  Anugerah Guru Inovatif kepada Nur Nadiana Mustafah.

Kira-kira 250 sukarelawan daripada institusi pendidikan PAS Tawau hadir iaitu PASTI, SRI Al Fateh BSI dan Taman Ria, Madrasah Darul Hidayah, TASTI serta UPAYA telah hadir ke majlis yang penuh dengan gemilang itu.

Turut  hadir Ketua Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Sabah merangkap ketua pemuda PAS Tawau, Rosli Hasan , TYDP Amboasse Ramano, Pengarah PASTI Sabah Karim Dullah , AJK-AJK PAS Kawasan, AJK-Ajk Dewan Harian Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat serta pengerusi-pengerusi JIBG PASTI.